Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMANDER RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM THE DEFENCE ATTACHE EMBASSY OF JAPAN IN MALAYSIA ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM


RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 12 July 2022 - Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) received an introductory call from Commander Ishikawa Kiyoshi, the Defence Attaché Embassy of Japan in Malaysia accredited to Brunei Darussalam today. Also, in attendance were Lieutenant Commander Kentaro Sugimoto, Japan Security and Defence Affairs in Brunei Darussalam and his successor, Lieutenant Wada Toshifumi.

During the call, the RBAirF Commander expressed his condolences to Commander Ishikawa on the recent passing of former Prime Minister of Japan, Shinzo Abe. The Commander also expressed his gratitude and welcomed Commander Ishikawa to the RBAirF as he highlighted Defence Diplomacy is one of the key pillars to defence diplomacy and regional engagement plays an important role. Therefore, RBAirF will welcome any engagements and opportunities from any other countries to share experiences and knowledges for capacity building. Both sides are looking forward for more engagements and interactions between both forces in the midst of Covid-19 endemic phase in enhancing and strengthening bilateral relations for both countries. Lieutenant Commander Kentaro had the opportunity to introduce his successor in Japan Security and Defence Affairs in Brunei Darussalam, Lieutenant Wada Toshifumi. Both sides looking forward for more avenues to enhance bilateral and multilateral relations between two countries.

The call signifies the longstanding relationship between both countries and armed forces as a platform in strengthening bilateral relations and opportunities for future engagements.




PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI ATASE PERTAHANAN JEPUN DI MALAYSIA YANG DIAKREDITASIKAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 12 Julai 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima Kunjungan Hormat dari Komander Ishikawa Kiyoshi, Atase Pertahanan Jepun di Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir bersama ialah Leftenan Komander Kentaro Sugimoto, Hal Ehwal Sekuriti dan Pertahanan Jepun di Negara Brunei Darussalam dan penggantinya, Leftenan Wada Toshifumi.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB merakamkan ucapan takziah kepada Komander Ishikawa atas pemergian bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe. Pemerintah TUDB juga turut merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan ketibaan Komander Ishikawa ke TUDB dan mengutarakan kepentingan Diplomasi Pertahanan dan penglibatan serantau. Dengan itu, TUDB mengalu-alukan penglibatan dan peluang dari pelbagai negara lain bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi meningkatkan kapasiti perhubungan. Meskipun dunia masih melalui fasa endemik Covid-19, kedua belah pihak berharap untuk memperbanyakkan penglibatan dan interaksi diantara kedua-dua pasukan bagi meningkatkan dan mengukuhkan hubungan dua hala bagi kedua-dua buah negara. Leftenan Komander Kentaro juga berpeluang memperkenalkan penggantinya yang menyandang jawatan bagi Hal Ehwal Sekuriti dan Pertahanan Jepun di Negara Brunei Darussalam, iaitu Leftenan Wada Toshifumi. Kedua-dua pihak berharap untuk memperolehi arah untuk membina hubungan dua hala bagi kedua buah negara.

Kunjungan tersebut menandakan hubungan erat antara kedua-dua negara sebagai landasan bagi meningkatkan hubungan dua hala serta peluang di masa hadapan.